#Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, 22 April 2014

Apa hubungkait antara Google dengan Blog anda?

Salam dan selamat malam.

Hari ni nak share a few tips tentang macamana nak kaitkan pakcik " Google.com" dengan blog korang..Teknik ini sudah banyak digunapakai oleh pakar-pakar SEO di dalam mewujukan sebuah blog/ laman web yang berkualiti.

Setelah melakukan sesi pembacaan dan kajian mengenai blog, didapati beberapa teknik yang boleh anda applykan di dalam blog/ web anda.

Di antaranya ialah :

  • Mempunyai XML sitemap file untuk membantu Google untuk menyemak fungsi dan tujuan laman web kita dgn lebih mudah.
  • Mempunyai link dengan pelbagai  web autoriti seperti Wikipedia. 
  • Sewa ruangan iklan di blog yg mempunyai Page ranking yang tinggi. Ini kerana blog/ web yg mempunyai pengunjung yg tinggi akan tertarik dgn iklan shop anda dan ini akan membawa mereka ke blog/ web anda juga.
  • Fungsi Google Meta Tags. Sekarang ini , meta tags tidak mempunyai fungsi ketara untuk meningkatkan SEO blog/web anda. tetapi ,jangan terlalu fokus pada meta tags.
  • Fokus untuk menghasilkan blog/ web berkualiti. Ini kerana ia akan menjemput pelawat untuk melawat blog anda tanpa disuruh kerana inginkan informasi yg terdapat di blog anda. Ia secara tidak langsung akan menghasilkan backlinks yg berkualiti. Macamana nak create backlinks..?? secara naturalnya. Blogwalking ke blog2 yang berinformasi..
  • Rajin update artikel blog/ web secara berterusan. Isi kandungan yg bagus dan bermanfaat dapat mempengaruhi pelawat untuk berkunjung ke blog anda.
Setakat ini dulu yang dapat dikongsi. Semoga ia memberi manfaat..:)

Arigatou gozaimas,

Hasil Olahan,
Isha Creative Enterprise

Sumber rujukan : Edition 27, Pemasaran dan tips SEO

No comments:

Post a Comment

Anda juga meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...